MY FIRST STORY
Dah lama tak menulis..
Kat sini aku nak menulis apa yang aku minat..
Dah lama teringin nak buat macam ni..Tapi ketiadaan masa yang terluang...
Busy memanjang...
Bak mai nak story sikit asal usul kejadian...
Kerja aku sebagai Tailor atau dlm erti kata lain sebagai tukang jahit..
Umur pun dah agak lanjut...Hampir 40 tahun..
Terlibat dalam bidang jahitan ni lebih kurang 10 tahun...
Pada tahun 2006.. Selepas tamat spm..
Asalnya aku cuma pekerja biasa yang x la kerap sgt bertukar kerja.. Lebih kurang 2 atau 3 tahun sekali aku bertukar kerja..
Asalnya cuma seorang pekerja kilang..jadi operator.. di Segamat..Nama kilang Mitsumi.. Lama jugak dlm 3 tahun..Nak sambung blaja tapi mungkin rezeki xde..
Tahun 2008.. Pindah kerja
Kerja kilang jugak di Parit Raja ,Batu Pahat... Sebelum tu dah try mintak kerja kat bandar..Byk tempat aku try..Selangor,KL,Senawang...Tapi rezeki agak x menyebelahi..
Aku Pasrah.. Tu yang dapat kerja di Fujitsu Parit Raja. Selama 2 tahun kerja.. Dapat pulak offer kerja jadi beautician..Dengan gaji rm600 sebulan (masa tu ok lagi gaji segini)
Kerja bertahan selama 2 tahun..Dapat la kutip pengalaman berbeza dari kerja kilang..
Dah bosan jadi beautician..aku berhenti..Konon nak jadi remiser.. Padahal x tau apa pun pasal pelaburan...Aje Gila...Kalau di ingat balik mmg agak menakutkan...Kenapalah aku boleh terjebak nak terlibat dlm bidang pelaburan.. Apapun tu satu pengalam yg agak menarik.. Xpe la...Benda dah lepas dah...
Yang ni kerja tak lama...2 minggu sahaja... Tempoh paling pendek aku berkerja...
Lastly tahun 2010 aku tukar kerja lagi.. Back to basic.. Kerja kilang..
Kali ni kilang di Senai..Di beri nama Flextronic..
ok..Ni last aku kerja sampai bertemu jodoh dengan suami aku sekarang ni...
Sebenarnya waktu kerja di sana umur aku 25 tahun ..Kerja di situ biasa2 je la..X la best sangat..Aku tak ramai sangat kawan..Cuma ramai kawan Indonesia je..
Banyak perkara yang menyakitkan sepanjang kerja di sana..
Perkara manis hanyalah dapat bertemu dengan suami aku yang sekarang ni...
Yang lain2 hanya sebagai kenangan..Aku bertahan kerja di sana hanya untuk mencari rezeki.. Niatkan dalam hati...
Sampai la waktu tempoh bertunang..aku niatkan dalam hati yang aku dah tak mampu nk bertahan lagi dengan perangai2 manusia di situ..khawin saja aku akan berhenti kerja..
Allah adalah sebaik2 perancang...
Sebelum berhenti..2 bulan sebelum khawin...Allah dah gerakkan hati aku untuk ambil kelas jahitan...
Aku belajar Jahit anjuran KEMAS..Alhamdulillah ..dpt juga ilmu tambahan..Sebelum tu aku sudah ada asas menjahit..Belajar dengan arwah mak...lama gak blaja kat KEMAS.. Sampai aku khawin.. Blaja pun tak sempat habis.. Waktu tu banjir besar melanda Johor...Jadi terpaksa berhenti di situ..Dengan asas yang ada aku ambil juga tempahan jahitan...ambil yang simple2 je..Untuk tambah pendapatan...
Setahun selepas khawin...Pindah ke Melaka..
Di sinilah segalanya bermula...
Oke..sambung lain hari...Jari dah penat menaip